Pada 28 Mac 2025, Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM) telah melaksanakan program Iftar Ramadan bertempat di Kampung Roka Khnor, Kemboja. Program ini bertujuan menyantuni komuniti setempat dengan memberikan juadah berbuka puasa yang enak dan menyegarkan, sekaligus menyemarakkan semangat Ramadan dalam kalangan penduduk.
Sebanyak anggaran 80 orang penerima telah diraikan dalam majlis iftar tersebut dengan hidangan istimewa berupa nasi ayam panggang. Tajaan bagi setiap penerima dianggarkan sebanyak RM12 seorang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM1,000. Program berjalan dengan lancar dan penuh kesyukuran daripada para penerima yang sangat menghargai juadah berbuka tersebut.
Ucapan terima kasih ditujukan kepada semua penyumbang yang telah merealisasikan majlis iftar ini. Semoga setiap sumbangan diterima sebagai amal jariah yang berpanjangan dan membawa keberkatan dalam hidup. PIKDM akan terus komited dalam menyampaikan bantuan kepada yang memerlukan sepanjang bulan mulia ini.
Klik untuk Sumbangan – https://www.pikdm.org.my/projek-ramadan-1446h-2025













