Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
َحِمَ اللَّهُ رَجُلًا قَامَ مِنَ اللَّيْلِ فَصَلَّى، ثُمَّ أَيْقَظَ امْرَأَتَهُ فَصَلَّتْ، فَإِنْ أَبَتْ نَضَحَ فِي وَجْهِهَا الْمَاءَ، وَرَحِمَ اللَّهُ امْرَأَةً قَامَتْ مِنَ اللَّيْلِ فَصَلَّتْ، ثُمَّ أَيْقَظَتْ زَوْجَهَا فَصَلَّى، فَإِنْ أَبَى نَضَحَتْ فِي وَجْهِهِ الْمَاءَ
Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya untuk solat. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air ke muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan suaminya untuk solat. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjiskan air ke muka suaminya.
(HR Abu Dawud, Ibn Majah dan al-Nasa’i: Hasan Sahih)
- Kemuliaan seorang mukmin adalah dengan qiamullainya dan ketinggiannya adalah dengan kebergantungannya hanya kepada Allah.
- Rasulullah SAW mendoakan Rahmat kepada mereka yang melakukan solat malam serta mengejutkan ahli keluarganya untuk turut melakukan solat malam.
- Salah satu kaedah untuk mengejutkan orang yang sukar bangun daripada tidur adalah dengan merenjiskan air ke mukanya.
Unit Ilmu & Penerbitan PIKDM
[INSERT_ELEMENTOR id=”16857″]