Majlis Iftar Bersama Fattah Amin

Alhamdulillah, majlis iftar bersama Fattah Amin yang berlangsung pada 17 Mac 2025 di rumah Abang Jamil, Kuala Lumpur, telah berjalan dengan lancar dan penuh keberkatan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada penganjur kerana sudi menjemput Pelajar Tahfiz di bawah Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM) untuk turut serta dalam majlis yang meriah ini. Suasana mesra dan penuh kasih sayang jelas terpancar, menjadikan majlis ini satu kenangan yang sangat bermakna buat semua yang hadir.

Kami juga ingin merakamkan penghargaan atas sumbangan baju raya jenama Jakel dan duit raya yang diberikan kepada anak-anak Tahfiz Darul Hijrah. Pemberian ini bukan sahaja menceriakan mereka dalam menyambut Aidilfitri, malah menyuntik semangat dan rasa dihargai. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan pihak penganjur dengan ganjaran yang berlipat ganda.

Sekali lagi, jutaan terima kasih kepada penganjur atas segala usaha dan keprihatinan yang ditunjukkan. Moga ukhuwah yang terjalin terus kukuh dan diberkati. Doa kami agar Ramadan ini membawa seribu rahmat dan kemanisan iman buat semua yang terlibat.

Klik untuk Sumbangan – https://www.pikdm.org.my/projek-ramadan-1446h-2025

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 66651
© 2025 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)