Alhamdulillah, Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM) sentiasa menunjukkan keprihatinan dan kesediaan untuk hadir membantu komuniti Rohingya di Ampang. Baru-baru ini, PIKDM telah menyampaikan sumbangan Dapur Pek Ramadan yang terdiri daripada 200 kampit beras, minyak masak, telur dan garam kepada keluarga-keluarga yang memerlukan.
Kami amat bersyukur atas kehadiran dan sumbangan ini yang sedikit sebanyak telah meringankan beban hidup kami, khususnya dalam menghadapi keperluan harian sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.
Saya mendoakan agar Allah SWT melipatgandakan rezeki, pahala dan keberkatan kepada para penginfak yang telah menyumbang melalui PIKDM.
Kepada para penyokong dan penderma di luar sana, teruskanlah menyokong dan menyumbang kepada PIKDM agar lebih banyak kerja-kerja kebajikan dapat dilaksanakan, khususnya dalam mengisi peluang akhir Ramadan ini dengan amal soleh.
Jazakumullahu khairan atas segala sokongan dan kepercayaan.

































