Tarikh: 25 Mac 2025
Tempat: Rumah-rumah Ibu Tunggal, Narathiwat
Tajaan: Dapur Pek bernilai RM1,000.00
Sempena Ramadan, PIKDM telah mengagihkan Dapur Pek kepada 13 ibu tunggal di Narathiwat, Selatan Thailand yang diuruskan Oleh Ihsanku (Pertubuhan Ihsan Madani). Program Agihan Dapur Pek ini tanda sokongan dan keprihatinan terhadap golongan yang berjuang membesarkan anak-anak sendirian.
Bantuan ini bukan sahaja meringankan beban mereka dalam menyediakan makanan sepanjang Ramadan, tetapi juga menyemai rasa kasih sayang dan solidariti dalam komuniti.
Setiap sumbangan yang diberikan membawa sinar harapan buat mereka yang memerlukan.
Mari teruskan berinfaq, ringankan beban mereka.











